Bahan-bahan:
Tepung gandum protein tinggi
Garam
Air tapis
Starter (tapai tepung gandum, tepung gandum penuh, dan air tapis)
Berat: 550g ± 50g
Country Loaf Sourdough adalah roti sourdough yang paling asas kerana hanya mengandungi tepung, air, dan garam. Walaupun bahan sedikit, proses pembuatannya adalah agak rumit dan lama kerana sourdough mengandungi yis liar dan bakteria baik yang sangat sensitif terhadap suhu dan masa. Hasilnya kita dapat menikmati rasa masam sourdough yang kompleks dan tekstur yang unik. Rotinya tidak selembut roti putih di pasaran kerana tiada bahan tambahan, tetapi sangat banyak manfaat dan kelebihannya untuk penggemar roti. Maklumat lanjut mengenai manfaat roti sourdough boleh dibaca di blog Roti Sourdough.
Cadangan cara makan:
Butter Toast
Roti Bakar Mentega
Peanut Butter Toast
Roti Bakar Mentega Kacang
Sandwich
Avocado Toast
Roti Bakar Avocado
Roti Bakar Cecah Kuah
French Toast
Jangka hayat (anggaran):
Lembut dalam masa tiga hari selepas dibakar (masa terbaik untuk makan)
Mengeras selepas tiga hari dari tarikh dibakar
Berkulat dalam masa tujuh hari selepas dibakar (bergantung kepada cara penyimpanan)
Cara penyimpanan:
Tempat yang kering pada suhu bilik tahan bawah seminggu
Dalam peti sejuk yang biasa tahan bawah dua minggu (perlu dipotong terlebih dahulu)
Dalam peti sejuk bahagian ais tahan bawah tiga bulan (perlu dipotong terlebih dahulu)